DSC04881-4

Friday, February 23, 2007

Travelogue: Jakarta-Bandung

Kuda Kencana

Tugu Kuda Kencana di tengah-tengah kota Jakarta. Gambar diambil dari dalam teksi menggunakan Canon PowerShotA400.
Ini merupakan kali kedua aku menaiki pesawat Royal Brunei Air. Tiada yang istimewa, dari layanan sehinggalah ke makanan yang dihidangkan. Hampir keseluruhan penumpang di dalam pesawat adalah warga Indonesia yang bekerja di Timur Tengah yang dalam perjalanan pulang ke tanahair mereka. Sampai di Sukarno Hatta Airport sekitar pukul 9pm, Rhoni yang terbang dari Batam sudah sedia menunggu setengah jam awal. Amos dan Ferdy pula menjemput kami dengan 4WD Panther biru, langsung ke tengah ibukota untuk makan malam. Rayhan yang kali terakhir aku jumpa di JB dua tahun lalu juga ikut serta dalam pertemuan. Tidak pasti ini kunjungan aku yang keberapa kali ke kota metropolitan ini.

istiqlal

Keesokannya setelah bersarapan di pangsapuri Amos, kami sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal -Masjid terbesar di Asia Tenggara yang boleh memuatkan 120,000 jemaah pada satu-satu masa. Kami ke Stasiun Gambir kemudiannya untuk membeli voucher hotel penginapan di Bogor dan Jakarta. Lebih murah membeli voucher hotel di kaunter KAHA yang terdapat di beberapa lokasi strategik seperti di Lapangan Terbang, Stesyen Bas dan Keretapi serta Pusat Maklumat Pelancong. Perjalanan lebih 2 jam ke Bandung melalui lebuhraya ditemani hujan dan kabus serta pemandangan berbukit-bukau.

Bandung
Left to right clockwise: Government building 'Gedung Sate', Cihampelas walk, Nasi Timbel and Villa Puri Larasati.
Kami disambut di 'Kota Kembang' Bandung dengan hujan renyai-renyai dan suhu 19' Celcius. Destinasi pertama ialah Villa Puri Larasati, Jalan Kanayakan Lama, Dago Atas - 'guest house' yang berkonsepkan keluarga dan 'privacy'. Selesai check-in, langsung ke beberapa buah pusat 'Factory Outlet' yang banyak terdapat di kota Bandung. Malam itu kami dihidangkan dengan Nasi Timbel khas orang Sunda - Nasi putih hangat yang dibungkus dengan daun pisang berbentuk silinder, ayam kampung goreng, tempe dan tauhu goreng, sambal terasi/belacan serta ulam-ulaman segar. Pencuci mulut pula ialah aiskrim Durian yang sungguh lazat - isi durian dikisar bersama ais dan krim - sekarang merupakan musim Durian, Rambutan, Manggis dan Duku di sini. Aktiviti seterusnya ialah 'night walk' di Cihampelas Walk atau Ciwalk yang penuh dengan pengunjung. Sempat meneguk secawan Cafe Latte dan Donut di Cafe J.Co sebelum berkaraoke di Dago Mall sehingga awal pagi.
Udara pagi di Bandung memang cukup segar dan dingin di tambah pula dengan langit yang agak mendung. Suasana Villa Puri Larasati yang berada beberapa ratus meter dari aras laut mengundang kabus tebal dan perasaan malas ingin bangkit dari tempat beradu. Selesai bersarapan, kami menyambung semula aktiviti 'bershopping', di Ocean Paradise dimana pengunjung boleh memilih bermacam jenis fabrik untuk dibuat pakaian, yang menarik ialah pakaian anda gerenti siap pada hari yang sama atau dalam masa kurang 24 jam. Selain dari kami berempat, seorang rakan kepada Amos dari Kuala Lumpur -Azmi tiba di Bandung untuk menyertai 'rombongan' kecil kami. Kami sempat ke Salon Rudy Hadisuwarno (Hair Dresser yang terkenal di Indonesia) di Ciwalk untuk Cream Bath - perkhidmatan yang tiada di salon-salon di Malaysia. Cream Bath - is a traditional Indonesian way of massaging the scalp. Your head has many acupressure points. The practitioner slowly massages your head along these energy pathways using their fingers. This improves your body's blood circulation, relieves eye strain, relaxes stiff shoulders and even reduces dullness and swelling in your face.

Tangkuban Prahu

Esoknya kami berangkat ke kawasan pergunungan gunung berapi aktif Tangkuban Perahu (Perahu terlangup/terbalik) yang terkenal dengan kisah dongengnya. The story tells of "Dayang Sumbi", a beauty who lived in West Java. She cast away her son "Sangkuriang" for disobedience, and in her sadness was granted the power of eternal youth by the gods. After many years in exile, Sangkuriang decided to return to his home, long after the two had forgotten and failed to recognize each other. Sangkuriang fell in love with Dayang Sumbi and planned to marry her, only for Dayang Sumbi to recognize his birthmark just as he was about to go hunting. In order to prevent the marriage from taking place, Dayang Sumbi asked Sangkuriang to (1) build a dam on the river Citarum and (2) build a large boat to cross the river, both before the sunrise. Sangkuriang meditated and summoned mythical ogre-like creatures -buta hejo or green giant(s)- to do his bidding. Dayang Sumbi saw that the tasks were almost completed and called on her workers to spread red silk cloths east of the city, to give the impression of impending sunrise. Sangkuriang was fooled, and upon believing that he had failed, kicked the dam and the unfinished boat, resulting in severe flooding and the creation of Tangkuban perahu from the hull of the boat.

IMG_1628-1

Kenderaan yang kami naiki setelah ditolak semula dengan bantuan orang ramai. Lihat betapa curamnya jalan di hdapan.

Dalam perjalanan turun dari ketinggian 2,084 meter, merentasi jalan-jalan sempit dan curam.... brek kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Amos mengalami masalah kritikal - brek terputus sama sekali. Amos tanpa panik cuba mengawal panduannya tetapi keadaan jalan yang bercuram tinggi memaksa beliau untuk memilih tindakan terbaik dan pantas. Di sebelah kanan ialah tebing batuan, disebelah kiri pula gaung/jurang curam manakala di depan dipenuhi kenderaan lain. Nasib kami agak baik, tiba di sebuah selekoh tajam, ada pula tebing tanah di sebelah kiri. Amos terus memandu menuju tebing tersebut..... dengan pantas kenderaan kami bertembung dengan tebing, dentuman kuat kedengaran sebelum semua yang ada dalam kenderaan panik - aku hanya dapat menyebut perkataan 'Allahu Akbar!'.... beberapa saat kemudian kenderaan kami terbalik pula, hampir-hampir menggelunsur ke dalam gaung. Kami menjerit meminta tolong kerana semua pintu dan tingkap tidak boleh dibuka. Aku terperasan ada percikan darah di merata tempat..... Rhoni tercedera, Amos diam di kerusi pemandu, Azmi pula cuba untuk keluar, Ferdy tersepit di kerusi belakang, aku pula seperti sedang bersila sambil menghadap mereka semua! Ramai yang datang untuk membantu mengeluarkan kami, aku yang terakhir dikeluarkan - mungkin saja kenderaan tersebut akan meletup. Rhoni digegaskan ke klinik berhampiran dengan menaiki kenderaan PATROLI dan aku menemaninya. Beberapa jam di Poliklinik POLRI (Polis Republik Indonesia) di daerah Lembangan, kami dihantar menaiki ambulance ke Hospital St. Borromeus di Bandung. Sesampai di sana, Rhoni di x-ray terutamanya di bahagian kepala dan tengkuk, kemudian kening dan dahi beliau diberikan 13 jahitan. Memandangkan keadaan Rhoni dan lainnya tidak begitu serius, kami terus pulang ke Jakarta lewat malam pada hari yang sama. Ini bukan kali pertama aku mengalami kemalangan ngeri di Indonesia, 3 tahun lepas aku kemalangan di daerah Surabaya - kemalangan maut yang meragut 3 nyawa dan kecederaan serius kepada semua penumpang bas ekspress yang dinaiki. Teman baik aku Rosli pula patah tangan dan kaki serta 3 tulang rusuk, berjahit di kepala dan punggung, selama sebulan menerima rawatan di Hospital Dr. Sutomo, Surabaya. Aku pula tidak mengalami apa-apa kecederaan serius cuma luka-luka kecil.

IMG_1636-1

Dekorasi di dalam Hotel Sahid Jaya, Jakarta. Ukiran halus kayu jati pada pintu rumah atau Istana/Kraton.
Di Jakarta kami menginap di hotel lama bertaraf lima bintang berlian - Sahid Jaya. Memandangkan kami tidak begitu 'trauma' dan tiada yang cedera serius, rencana untuk berlibur di Jakarta diteruskan. Sempat menonton 'Ghost Rider' di XXI cinema, EX Mall. Pawagam yang besar dan ada 'class', tempat duduk pula luas seperti kerusi di penerbangan First Class, sambil boleh berlunjur kaki dengan sound system hebat dan skrin besar yang melengkung. Setakat ini belum pernah aku jumpa pawagam sehebat ini di Malaysia. Singgah sebentar di Hard Rock Cafe yang terletak bersebelahan untuk membeli ole-ole. Lunch hari itu di sebuah restoran Thai - King of Thai yang punya cawangan di San Francisco. Sehari sebelum bertolak pulang, sempat memanjakan diri di spa terkenal - Gaya Spa di Jalan Wolter Monginsidi 25 Jakarta Selatan. Aku mengambil pakej Nirwana untuk lelaki, dimulai dengan dibasuhkan kaki dengan air bunga, mandi wap, lulur dengan menggunakan campuran cokelat dan herba, urut tradisional seluruh badan dan akhir sekali 'face massage' yang termasuk juga 'facial' menggunakan campuran avokado dan air mawar. Treatment 5 bintang yang memakan masa hampir 3 jam itu amat berbaloi, mereka punya cawangan di Nikko Hotel, Kuala Lumpur. Malam terakhir di Jakarta disempurnakan dengan makan malam di Restoran Shisha - Lebanese Cuisine, Cilandak Town Square 'Citos' (seakan The Curve, KL). Pesawat awal pagi penerbangan pulang melalui Bandar Seri Begawan, juga dipenuhi dengan warga Indonesia yang menuju ke Timur Tengah, aku pula tidur bermimpikan kenangan suka duka........
Ramai yang meminta alamat Puri Larasati. Jalan Kenayakan Lama, Blok A No. 40 Dago - Bandung 40135. Telefon (022) 253 3370, 253 3482/83, Fax (022) 253 3507. email: purilarasati@yahoo.com

Labels: Song: Mengenangkanmu by artist Kerispatih

View blog reactions"> posted by Rush Murad at 11:23 AM

28 Comments:

Anonymous dbi said...

alhamdullilah tak de kecederaan teruk...

February 24, 2007 3:34 PM  
Blogger Teekay said...

hmm macho nyer gambar tu :)

February 25, 2007 11:22 AM  
Anonymous zals said...

Alhamdulillah selamat...

February 25, 2007 2:26 PM  
Blogger Pato & Pearl said...

Glad to know you are safe and sound. Hope the rest of your trip would be just fine...Enjoy!...The picture of the hotel decor is really intricate...Nice

take care - Pato & Pearl

February 25, 2007 9:05 PM  
Blogger Rush Murad said...

dbi - thanks.... alhamdulillah.. nyaris2 juga 4WD tu masuk gaung dari ketinggian 2000 meter...

teekay - ex-model.. mestilah macho... tapi tak semacho TEB kan?

zals - still trauma nak jalan jauh2 ni.... lelagi kalau pi area gunung

P&P - yup... walaupun still trauma... still enjoying the trip. nak tau apa... the next day tu our taxi kena langgar dgn 4WD plak masa round2 kat jakarta... seriauuuu...

February 26, 2007 9:26 AM  
Blogger shahril aley said...

wah sudah lama tak dengar cite....
alhamdulillah rush selamat dalam percutian di sana. Actually i & 9 orang kawan nak pergi bercuti ke sana gak bulan jun nanti & ngah mencari package Jakarta-Puncak-Bandung lagi2 tak lama lagi ada MATTA fair. So rush ade tips or advices bile ade kat sana?

February 26, 2007 10:01 AM  
Blogger Rush Murad said...

shahril - wahhh... buat rombongan apa ke Indo? jalan-jalan cari makan atau jalan-jalan cuci mata ataauuuu...??? hheheheee.. gurau jer ek. sure i can give u tips... kalau u baca my entry ni pun dah ada few tips.... tak payah tunggu MATTA, naik AAsia jer dah murah actually.... more tips, u email to me jer ler....

February 26, 2007 1:10 PM  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Eee...ngerinya....teringat masa I accident dulu. Syukur alhamdulillah semua selamat. Villa Puri tu cantiklah...

February 26, 2007 4:54 PM  
Blogger Rush Murad said...

Nurul - u eksiden kat mana? Puri Larasati tu bersih dan comfortable, tetapi ke dalam sikit dari jalan utama, area perumahan... used to be big bungalow then they convert jadi guest house. Murah banget... around RM125 for a house yg ada 2 bilik tidur for 4 person, ada ruang rehat plus tv sekali... and bfast included... :P

February 27, 2007 8:18 AM  
Anonymous dirtypap said...

bestnya. bestnya. bestnya.
ntah bila la mrasa ke sana.
huhu.

February 27, 2007 10:04 AM  
Blogger Rush Murad said...

pap - kau kan suka shopping? harus teruja tengok barang2 kat bandung. Naik flight frm Bandar jer, beli tiket kat KK.... much cheaper... infact very cheap!

February 27, 2007 10:43 AM  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

tuuudiaaaaa....
jalan nohhh? takpe la duit ada banyak, kite ni duit pekin pekin je...tak bape nak meriah! hukhukhuk...

just got back frm KK, 5 hari dok sana mau kejang kene wat keje

February 27, 2007 11:16 AM  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Ala...accident masa bulan puasa last year yg I pernah bagitau u dulu. Nasib baik takde physical injury, cuma kereta je remuk kat depan and trauma sekejap.

That place memang cheaplah...maybe will consider going to Jakarta later. Nak pergi destinasi lain dulu.

February 27, 2007 12:20 PM  
Blogger shahril aley said...

Kire bole dikatakan rombongan ala2 cite drama "Rombongan Cik Kiah ke SUKOM" sambil tu cuci mata yang rabun ni & makan la segala yg boleh dimakan termasuk orang kat sana. Hahahaha.....Actually mmg dah beli tickets from Airasia cume tak terbang lagi je. Thats why we're looking for a good package sempena MATTA fair in March. Memang dpt few tips from ur entry or yg tips lebih tu u hantar la kat my e-mail keymeqhal@yahoo.com. thanx...

February 27, 2007 12:23 PM  
Blogger 'toBy' said...

wow...


cool!

never thought my country would give that much of excitement!

and to answer yer Q, yes i am jen hudson's fan....

she has come a long way....

February 27, 2007 2:09 PM  
Blogger Rush Murad said...

fendi - kejang buat kerja atau dikerjakan???? kuangg...kuanggg....kuanggg...

Nurul - jakarta nothing much, better u pi bandung atau jogja... banyak benda leh tengok.... i know u nak pi mana lepas ni... Istanbul???

Shahril - yup... 'rombongan cik kiah' ramai yg tak tau pasal rombongan cik kiah ni... penat nak citer semula... anyway citer tu memang kelakar... nak tips yg 'plu-plus' (bahasa orang sana).... boleh.... meriahhhh.....

February 27, 2007 2:10 PM  
Blogger A f f e n d i O s m a n said...

bang shidi niiii...
kejang wat keje laaa...48 hours non stop tak tido...ada berani?

February 27, 2007 2:17 PM  
Blogger SERIAL PLANT KILLER said...

Maybe those places too, kat Bandung boleh gak cari telekung. I tahu siapa yang bagitau u, mengumpat pasal I yer?

February 27, 2007 6:40 PM  
Blogger Nauval! said...

thanks for making jakarta and bandung look much better in your pictures! hahahaha.

dari JB? too bad the only places i go to jb are the immigration and city square, hahahaha.

February 27, 2007 7:34 PM  
Blogger 'toBy' said...

my god...

that movie is just PURE fantastic!

Iris and Amanda are 2 awesome women!

February 27, 2007 7:49 PM  
Blogger famil said...

hmmm. I saw u (the jeep actually). Luckily no one got seriously injured.

February 27, 2007 8:55 PM  
Anonymous IndraPr said...

Just read this post, alhamdulillah, glad to hear you're safe. Going down the Tangkuban Perahu slope with a failed brake is really no joke.

A very nice travelogue on Jakarta and Bandung, really enjoy reading it.

March 16, 2007 12:18 PM  
Anonymous Anonymous said...

Nice blog, Saya orang Melayu - Indonesia yang tinggal di Cape Town. Kalo ke sini jangan lupa mampir.

Meyke

March 16, 2007 6:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

sorry email meyke@arkonline.org

March 16, 2007 6:35 PM  
Blogger Rush Murad said...

Nurul - cari telekung? kat Jakarta lagi banyak kat Mangga Dua dan ermm.... Tanah Abang..

Nauval.... next time if come over to JB.... jalan-jalan di Danga Bay... u will like it

Toby - yuppp....hehehehehee...

famil - u were there?????

Indrapr - thanks for dropping by.... I really like Bandung, sure i will come again...

Meyke - terima kasih..... sudah lama saya teringin mau ke Cape Town.... insyaAllah.... kalau ada rezeki.... kalau bukan tahun ini, mungkin tahun hadapan akan ke sana...

March 17, 2007 12:28 AM  
Blogger Ghazali B Abd Aziz said...

Rush ...

Teruja dengar pasal SPA nih ... sebab skg ni ada banyak promotion SPA HOLIDAY ke BALI, BANDUNG and JAKARTA .. Of course ler tak sama ngan Nikko kat KL kaannnn ...

Sama ker tangan tangan Indon ngan yg kat Malaya ni !!! Hahhahahahaa

Very teruja gitu ....

March 21, 2007 10:53 PM  
Anonymous meyra said...

Nice to know ur story..
Warm regards from Bdg :)

July 16, 2007 5:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

you are one interesting bloke - bandung is a very happening place - mcma nak booking vila puri

November 18, 2007 11:12 PM  

Post a Comment

Links to this post:

  <$BlogBacklinkTitle$>  
<$BlogBacklinkSnippet$>
posted by <$BlogBacklinkAuthor$> @ <$BlogBacklinkDateTime$>

Create a Link

<< Home

About Me

My Photo
Name: Rush Murad
Location: Miri, Sarawak, Malaysia

Journey Through The Eyes & Lenses of An Adventurous Malay......

View my complete profile

All Malaysian Bloggers Project

:::::MALAYSIA TRULY ASIA::::

  • Malaysia Tourism Board
  • Malaysia Tourism Centre
  • Lonely Planet: Malaysia
  • National Geographic Traveler
  • KL International Airport
  • Malaysian Airlines
  • AirAsia Airlines
  • MASwings
  • Firefly
  • Malaysian Railways Services
  • Transnasional Buses Online
  • Kuala Lumpur City Guides
  • Kuala Lumpur Guide
  • Kuala Lumpur Hotels
  • Sarawak Tourism - North Borneo
  • Palace of Culture (Istana Budaya)
  • Malaysian Philharmonic Orchestra
  • Malaysian Handicraft Centre
  • Previous Posts

    • Nak ke mana tu?
    • Be My Valentine...............
    • Gem Stone: Tiger Eye
    • Adiós mi amor y bienvenida mi amigo!
    • Born In The Year Of A Pig!
    • A short break but few long nights......
    • Alahai Teman..............
    • Teman, Semoga Kau Cepat Sembuh.....
    • 1 Muharram 1428 - 20 January 2007 Muslim New Year
    • Dua Rembulan....

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      Archives by Monthly

      • June 2005
      • July 2005
      • August 2005
      • September 2005
      • October 2005
      • November 2005
      • December 2005
      • January 2006
      • February 2006
      • March 2006
      • April 2006
      • May 2006
      • June 2006
      • July 2006
      • August 2006
      • September 2006
      • October 2006
      • November 2006
      • December 2006
      • January 2007
      • February 2007
      • March 2007
      • April 2007
      • May 2007
      • June 2007
      • July 2007
      • August 2007
      • September 2007
      • October 2007
      • November 2007
      • December 2007
      • January 2008
      • February 2008
      • March 2008
      • April 2008
      • May 2008
      • June 2008
      • July 2008
      • August 2008
      • September 2008
      • October 2008
      • November 2008
      • December 2008
      • January 2009
      • February 2009
      • March 2009
      • April 2009
      • May 2009
      • June 2009

      ::COUNTRIES I'VE SET FOOT::

      NEW ZEALAND

      -Christchurch, Queenstown, Dunedin, Picton, Wellington, Auckland-

      AUSTRALIA

      -Gold Coast, Sydney, Melbourne-

      KINGDOM OF SAUDI ARABIA

      -Makkah, Madinah, Jeddah-

      -United Arab Emirates - Abu Dhabi-

      PEOPLE'S REPUBLIC OF CHINA

      -Macau, Hong Kong, Shenzhen-

      MOROCCO

      -Marrakesh, Essouira, Zagora, Sahara-

      THE NETHERLANDS

      -Amsterdam, The Hague, Gronigen, Assen, Rotterdam-

      BRUNEI

      BELGIUM

      SWITZERLAND

      ITALY

      FRANCE

      GERMANY

      UNITED KINGDOM

      THAILAND

      -Phuket, Satun, Haadyai, Bangkok, Pattaya, Chiang Mai-

      INDONESIA

      -Lake Toba, Medan, Batam, Bali, Jakarta, Jogja, Surabaya, Bandung-

      SINGAPORE

    Singapore
  • Short Singapore Trip 2009. click here
  • My creation
  • Trans-Borneo/Sabah trip 2009. click here
  • Rush in Bali 1
  • Enchanting BALI I 2008. click here
  • Rush In Bali 2
  • Enchanting BALI II 2008. click here
  • Enchanting BALI III 2008. click here
  • Makkah
  • UMRAH 2008 - Lorong-Lorong Makkah I. click here
  • Umrah
  • UMRAH 2008 - Lorong-Lorong Makkah II click here
  • Madinah AL-Munawwarah
  • UMRAH 2008 - Kota Madinah. click here
  • BANDUNG
  • BANDUNG 2008. click here
  • Dunia Fantasi Jakarta
  • JAKARTA 2008. click here
  • Macau
  • Nostalgic MACAU 2008. click here
  • Shenzhen
  • Culturally SHENZHEN 2008. click here
  • Disneyland Hong Kong
  • Magic in HONG KONG 2008. click here
  • My Phuket Trip 2007
  • Memorable Phuket 2007. click here
  • Chiang Mai
  • My Trip to Chiangmai 2007. click here
  • Masjid Nabawi Madinah
  • My Umrah 2007:Makkah 1. click here
  • My Umrah 2007:Makkah 2. click here
  • My Umrah 2007:Madinah. click here
  • Moroccon Sahara

    My Sahara-Marrakesh-Morocco Trip 2006 View slideshow

  • MARRAKECH STORY 2006. click here
  • EXCURSION TO SAHARA DESERTS. click here
  • Essouira

    My Essouira-Morocco Trip 2006 View slideshow

  • ESSOUIRA BY ATLANTIC SEA. click here
  • ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

    The Netherlands June 2006

    Holland 2006

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

    ====My Birthday Trip May 2005==== Sydney & Melbourne

    www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing photos in a set called Sydney 2005. Make your own badge here.

    Bangkok & Pattaya Trip Aug 2005

    www.flickr.com
    This is a Flickr badge showing photos in a set called Bangkok 2005. Make your own badge here.

    BOROBUDUR, JOGJAKARTA 2005

    Travel Magazine - Borobudur

    ::::::::::::::::::O::::::::::::::::::

      BlogMalaysia.com

            Best Malaysian Sites
              Subscribe with Bloglines
                Add this blog to my Technorati Favorites!
                    Subscribe in NewsGator Online Add to My Yahoo!
                      Best Blogs in Asia Blogwise - blog directory
                        Directory of Travel Blogs
                          eXTReMe Tracker Free META Tag Help Analyzer


                    My blog is worth $18,629.82.
                    How much is your blog worth?

              Powered by FeedBurner


    ykwa_familyy