Travel: China..... Here We Come!!!
Esok 20 Mac 2008, aku dan Wan Hidayat akan pergi berziarah ke bumi China. 3 buah kota akan dijelajahi, bermula dari kota peninggalan penjajah Portugis - Macau, kota kosmopolitan dunia Hong Kong dan menyeberang ke tanah besar China ke kota Shenzhen. Setelah keputusan dibuat untuk ziarah ke kota-kota tersebut, kami mula melayari Internet untuk mencari maklumat-maklumat penting seperti tempat penginapan, tempat-tempat makan halal, kegiatan riadah dan sebagainya. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan membuat pencarian, akhirnya kami berpuashati dengan maklumat yang diperolehi dan itinerari perjalanan pun menjadi lengkap. Paling kami khuatiri ialah makanan, memandangkan di Macau dan Hong Kong dikatakan sukar mencari makanan halal, maka pencarian banyak tertumpu pada soal asas ini. Setiap hari, berjam-jam masa dihabiskan untuk mengakses maklumat di Internet, akhirnya kami bersyukur dengan maklumat yang diperolehi. Ada sebuah restoran orang Melayu Muslim di Macau, lokasinya hanya menyeberang jalan dari hotel 4 bintang yang akan kami diami. Dari laman 'virtual tourist' pula, kami mendapat tahu ada sebuah masjid peninggalan tentera British dari benua India di Macau, di mana lokasinya tidak jauh dari hotel kami. Kami juga mempunyai senarai panjang dan terkini mengenai tempat makan halal di seluruh Hong Kong. Shenzhen mempunyai kelompok kecil masyarakat Islam yang berasal dari daerah-daerah lain di China, mungkin agak sukar mencari makanan halal di sini walaupun kami telah memperolehi senarai restoran halal di kota moden ini. Semoga perjalanan ziarah kami aman dan selamat. Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada umat Islam di mana sahaja mereka berada.
View blog reactions">
posted by Rush Murad at 3:37 PM
















26 Comments:
Jumpe di KK esok....tahu tak sehari lepas adalah bufday Hani...i did call him...he wanted to meet me at the airport...once u arrived we'll fetch you up.....take a tour my Chronicle, I'm happy and u must be happy too. Cheersss.....
Doakan kalian enjoy sepanjang trip & have a save journey....:)
matila lagu cina kan!
hmmm...dia guna visa on arrival ke bang?
selaamt meneroka dan berjalan jalang...
errr....motif entry sama ngan org tu... :-P
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de Plasma, I hope you enjoy. The address is http://tv-de-plasma.blogspot.com. A hug.
Salam. Hope both of u enjoy the trip although its short trip...hahahha. Jgn lupa bawakan i balik Panda from China...hahahahhaha
nape tak singgah tibet skali? *lariiik! selamat pergi dan pulang ek.
berjalan je keje bro neh. ai jeles tau :P
selamat berjalan2 lagi wahai bang tepak ...
moga pengembaraan kali ini lebih menarik .. lagi2 dengan adanya d40x
:)
selamat makan angin... ohhh inilah lokasi yang ingin dituju oleh bang tepak & dayat. banyak gak lokasi ingin dituju ye. berapa lama amek cuti ni?
Salam..how's life? Have a safe journey.
have a safe and fun trip... last year melepas nak ke Beijing, huhuhu... jeles weh...
salam.. waaaaahhh.. naa entry mcm sama jer ngan entry c wan?.. hekhekhek.. btw, enjoy ur holiday at macau eh..
jangan gado2, tak baek.. kang jd ape2 laks.. opsss.. mcm mak nenet lak nak bg ceramah.. ahahhaha
all the best o both of u.. jgn serik utk dtg sabah lagi ek.. i'll be around..
cheers..
chell
wanhidayat: aikss.. jgn la promo my bufday kat blog tepak sireh ni.. hehehehhe.. anyway, thanks sebab call that day and sing a bday song to me.. how sweet..
said, wan hidayat is one of d best friends that i ever have.. please take a good care of him as well.. hehehehehe..
cheers
chell
I love hongkong. Staying there for 2 years it's my second home...
Enjoy shopping. Don't forget Lan Kwai Fong. Go to Islamic Centre Canteen at OiKwan road, Wanchai. Another place go to Wai Kee, No 5 Cooked Food Centre, at Bowrinton road market at wanchai too.
last sekali kirim salam kat flat i tinggal dulu along queens road central. Ada 7-11 kat situ..hahahahahha
HAVE FUN!!! we shall wait for your posting on your trips!!
Pato & Pearl
BT, slmt bcuti..
Patot ler hantar sms tak berjwb. Pi China tak ajak kita pun. Thats my ancestor punya kampung u hehehe hv a pleasant & safe trip!
weh...beli beskal kat aku
selamat bercuti.... cari amoi leng leng...
Lama dah teringin nak ke China, entah bilalah agaknya....
"Belajarlah sampai ke negeri China" kata Rasulullah. Mendalam maksudnya. Melawat pun kira belajar juga. Bukan macam itu Rush!
Nanti kongsi-kongsikan pengalaman kau di sana ya.
enjoy ur trip....
enjoy ur trip....
anonymous / dbi / kerol / dirtypap / lilylulu / shahril / sastri / chell / nikli / tyah / jie / arsaili - alhamdulillah, dah selamat pulang nih. thanks for ur doa ekkk...
wan - alhmdulillah, semua smooth ek... nanti leh ler kita pi jenjalan lagi sesama..
fendi - yer lah lagu cina, nak ambik mood, dah tu lagu Disneyland gituh.... yup, ambik visa kat sempadan ShenZhen di Louhu...
saiful ambar!!!!! masyaAllah, jumpa jugak kat alam maya setelah dekat 8 tahun menghilang... jadik Lawyer jugak ekkkk??? alhamdulillah...
pato&pearl - alaaaaaaa.... dah sampai sini baru dapat ur tips... next time nak pi memana kena rujuk dgn u jugak... we all makan kat Chungking Mansion jekk.... kesian kan?
artistic - besikal? motif? depa naik kete besau2 kat sana tauuu...
jowopinter - nanti bila da ada masa 'senggang', aku buat ler entry pasal trip nih, jenuh nak bercerita...
dah balik yer ?? yeyyyyyyyyyyyy !!!
update citer bang .. update ...
menunggu dengan sabar nya
:)
Alhamdulillah..jumpa kat sini pun dah kira bagus. Biar mana pun kita, asal tetap berhubung.
Jangan luper ole2 nyer rush...huhuhu...mesh besh nie...yehaaaaaaaaaaaaa
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home